Pelancaran Program Murid SMAT



Lambang 1 Malaysia :- membawa maksud warga SK Kampung Gemuroh  mendokong visi pemimpin negara.Buku :- membawa maksud pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan. 
Dua Garisan Bulat :- membawa maksud ilmu dan sahsiah.Logo Sekolah :- membawa maksud warga pelajar SK Kampung Gemuroh.Topi Graduan :- membawa maksud hasrat dan cita-cita warga pelajar SK Kampung Gemuroh untuk ke menara gading. 
Cahaya :- membawa maksud Murid SMAT boleh dijadikan sebagai ‘Role Model’ kepada murid lain.Peta Malaysia :- membawa maksud kesatuan dan perpaduan untuk negara.




KARNIVAL BIMBINGAN DAN PELANCARAN PROGRAM MURID SMAT


PENDAHULUAN

Kecemerlangan akademik merupakan elemen yang sangat penting bagi setiap pelajar. Walau bagaimanapun kecemerlangan akademik bukanlah jaminan untuk melahirkan insan yang terbaik dari semua aspek. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, kecemerlangan akademik perlu seiring dengan penampilan sahsiah diri yang cemerlang bagi melengkapkan model manusia yang hebat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mencapai matlamat tersebut, Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh akan mengadakan

MATLAMAT / OBJEKTIF

Matlamat program ini ialah :-

  1. Menyampaikan maklumat yang terkini kepada para murid yang berkaitan dengan peranan pelajar sebagai pengguna yang bestari dan pintar.
  2. Melahirkan murid yang peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang sering diperkatakan dalam masyarakat.
  3. Melahirkan murid yang berakhlak dan bertanggungjawab terutama yang berkaitan kesihatan, pendidikan pencegahan dadah dan isu-isu semasa kepenggunaan.
  4. Mengeratkan hubungan antara warga sekolah dengan para ibu bapa dan komuniti setempat.
  5. Melahirkan pelajar yang mampu berinteraksi secara berkesan dengan warga sekolah dan penduduk kampung.
  6. Memberi pemahaman kepada pelajar tentang gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat masa kini.
  7. Membentuk peribadi pelajar agar sentiasa berusaha, berketerampilan, bermotivasi dan bersistematik dalam mencapai kecemerlangan.

MAKLUMAT PROGRAM                                                    

Nama Program         : KARNIVAL BIMBINGAN DAN PELANCARAN PROGRAM MURID SMAT
Peserta                             : Semua Pelajar , Guru Dan Ibu Bapa SKKG
Anjuran                   : JK Bimbingan dan Kaunseling Dengan Kerjasama
  JK Pendidikan Pencegahan Dadah
Perasmian                : Exco Pendidikan / Ahli Parlimen Kuala Nerus / Adun Tepoh
Cadangan Tarikh       : 3 Mei 2012
Hari                        : Khamis
Masa                      : 8 Pagi Hingga 12.45 Tengah Hari



PANDUAN DAN PENERANGAN PROGRAM

  1. Karnival ini akan dianjurkan secara kerjasama antara JK Bimbingan, JK PPDa dan Kelab Pencegahan Jenayah.
  2. Program ini melibatkan semua guru, pelajar dan ibu bapa dijemput untuk turut serta.
  3. Ia juga melibatkan agensi luar yang dijemput untuk mengadakan pameran, ceramah/penerangan dan khidmat nasihat (perkhidmatan kesihatan)
  4. Beberapa buah gerai jualan akan dibuka untuk menjalankan aktiviti jualan makanan dan minuman. Aktiviti jualan akan diuruskan oleh pelajar yang dilantik dengan bimbingan JK Gerai Jualan.
  5. Aktiviti jualan di kantin dicadangkan agar ditutup. Walau bagaimanapun tempahan makanan untuk jamuan tetamu jemputan, pegawai agensi luar dan guru ditempah di kantin.
  6. Urusan jual beli pada hari karnival menggunakan kupon sahaja.
  7. Setiap guru diwajibkan membeli kupon sekurang-kurangnya RM5.00 manakala murid sekurang-kurangnya RM4.00.
  8. Guru dan murid boleh membeli kupon lebih daripada jumlah yang diwajibkan.
  9. Kupon juga boleh dibeli oleh ibu bapa dan mesti ditempah sebelum hari karnival.
  10. Kupon yang dicetak adalah bernilai RM1 dan 50 sen. Kupon mesti cop (hidup) untuk mengelak penipuan kupon fotostat.
  11.  Modal jualan akan diambil daripada wang jualan kupon.
  12. Gerai jualan mesti dibuka selewat-lewatnya pukul 8 pagi.
  13. Semasa majlis perasmian semua tetamu jemputan, guru, pegawai agensi luar, ibu bapa yang hadir dan pelajar tahap 2 dikehendaki berada di dewan kantin. 5 cabutan bertuah akan dibuat oleh perasmi. Pelajar Pra dan Pelajar tahap 1 akan menyertai pertandingan mewarna di kelas dan surau. Pertandingan ini akan dikendalikan oleh JK Pertandingan mewarna.
  14. Keratan cabutan bertuah pelajar akan urus oleh guru. 1 keratan untuk 1 murid. Keratan tersebut hendaklah ditulis nama penuh dan kelas dimasukkan ke dalam tabung 2 hari sebelum hari karnival. Hanya ibu bapa yang membuat tempahan kupon layak untuk memiliki keratan cabutan bertuah.

CADANGAN PENGISIAN PROGRAM


Majlis Perasmian

Cabutan Nombor Bertuah                                              - Sepanjang Program
                     Pameran dan Gerai Jualan                                            - Sebelum & selepas
                    Peraduan Teka Berat Tembikai                                       - Selepas perasmian
                    Paraduan Teka Kacang                                                 - Selepas perasmian
                    Pemeriksaan Kesihatan Percuma                                     - Sebelum & Selepas
                   Pertandingan Gubahan Hantaran                                      - Selepas perasmian
Demostrasi Masakan Nasi Arab
Penutup (Tuan Guru Besar)                                                 
Pameran Anti Dadah
Pameran Bomba Dan Penyelamat
Pameran JKJR
Demostrasi Memadam Kebakaran
Demonstrasi Anjing Pengesan
Ceramah Anti Dadah Untuk Ibu Bapa
Program Derma Darah
Persembahan Nasyid




HARI KARNIVAL SKKG DAN PELANCARAN PROGRAM SMAT
10 MEI 2012
KHAMIS
PERASMIAN : YB AHLI PARLIMEN KUALA NERUS


JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

PENGERUSI
Tuan Haji Dagang Bin Hamzah
(Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI
Puan Shamsida @ Suriyam Bt Hamzah
(Guru Penolong Kanan HEM)

NAIB PENGERUSI I
YM Syed Abdul Aziz bin Syed Abdul Rahman
(Guru Penolong Kanan I)

NAIB PENGERUSI II
Encik Tazan Bin Said
(GPK KO-KO)

SETIAUSAHA
Encik Mamat bin Awang
(S/U Bimbingan dan Kaunseling)

PENOLONG SETIAUSAHA
Encik Zazmi Bin Mansor
                                                                                                             
BENDAHARI
Puan Nor Azizah Bt Tengah

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM


JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS

JK URUSETIA
En. Yusof Fauzi Bin Mamat
En. Mohd Al-Sidek Bin Yusof
En. Mamat Bin Awang
Pn. Nor Azizah Bt Tengah
Pn. Shariati Bt Shamsuddin
En. Zazmi Bin Mansor
5 orang pelajar

  1. Membuat kain rentang, poster siaran.
  2. Memastikan semua aktiviti karnival berjalan lancar.
  3. Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul semasa karnival berlangsung
  4. Menguruskan hamper atau hadiah cabutan bertuah.
  5. Mengendalikan aktiviti cabutan bertuah dan peraduan
  6. Merancang dan Mengendalikan Upacara sambutan semasa ketibaan tetamu kehormat (YB)

BACAAN DOA
Ustaz Usop Bin Awang


  1. Membaca doa semasa majlis perasmian.


JK HADIAH DAN HAMPER
Pn. Wan Suhaila Bt Wan  Hasan
Pn. Puteri Nabila Bt Jusoh
Ustazah KAFA

  1. Menyusun dan mengurus hamper cabutan bertuah
  2. Melabel hadiah utama.
  3.  Menguruskan Cenderahati untuk perasmi.


JK SAMBUTAN DAN PROTOKOL
Tuan Haji Dagang Bin Hamzah
YM Syed Abdul Aziz Bin Syed Abdul Rahman Pn. Shamsidar @ Suriyam Bt Hamzah
Encik Tazan Bin Said
Encik Mohd Nor Bin Abdul Rahaman
Pengerusi JKKK Gemuroh & Sg. Ikan

  1. Menyambut ketibaan tetamu kehormat.
  2. Mengiringi tetamu kehormat ke Dewan Perasmian.
  3. Mengiringi Tetamu kehormat semasa lawatan ke tapak pameran dan gerai jualan
  4. Makan bersama-sama dengan tetamu kehormat.

JK BUKU ATURCARA BACKDROP
Encik Saufe Bin Ibrahim
Encik Muhammad Bin Zit


  1. Menyediakan buku aturcara


JK TEMPAT DAN SIARAYA
Encik Mohd Al Sidek Bin Yusof
Encik Yusof Fauzi Bin Mamat
Encik Mamat Bin Awang


  1. Menyediakan peralatan di dewan perasmian
  2. Menyediakan peralatan siaraya

JK TAPAK KARNIVAL
Ustaz Usop Bin Awang
Encik Zazmi Bin Mansor
Encik Shamsul Baharin Bin Salleh
Encik Daud Bin Abdullah



  1. Menyediakan pelan / peta lokasi tapak karnival
  1. Tapak Pameran
  2. Tempat Demontrasi
  3. Gerai jualan
  4. Pemeriksaan kesihatan percuma



JURUACARA
Pn. Wan Suryati Bt Wan Hamzah
Encik Nazaruddin Bin Mohd Nor


  1. Menjadi Pengerusi Majlis semasa Majlis Perasmian.
  2. Menyediakan Teks Pengerusi Majlis

JK MAKANAN DAN MINUMAN
Pn Siti Fatimah Bt Abas
Pn. Wan Suriyati Bt Wan Muhammad
Pekerja Swasta


  1. Menentukan menu untuk tetamu kehormat dan jemputan selepas majlis perasmian. (RM5.00 X 10 orang)
  2. Menentukan menu untuk guru dan pegawai jemputan (pemeran, demonstrasi, pemeriksaan percuma dll)
(RM5.00 X 70 orang)
  1. Bekerjasama dengan pengusaha kantin

         

JK PERTANDINGAN MEWARNA
Pn Rosnani Bt Mat Ali
Pn. Kelsom Bin Ahmad
Pn. Rozana Bt Othman
Pn. Natrah Bt Mat Amin


  1. Mengendalikan aktiviti pertandingan mewarna semasa majlis perasmian sedang berlangsung (untuk pelajar Pra dan Tahap I)
  2. Menyediakan gambar untuk pertandingan mewarna.
  3. Mengawasi pelajar semasa pertandingan.
  4. Memilih pemenang bagi setiap kelas.
      (tempat 1 hingga 3)
5.   Tempat pertandingan kelas dan surau)




JK KUPON
En. Nazaruddin Bin Mohd Noor
Pn. Norita Bt Yusof
Pn. Rohaya Bt Ismail


  1. Mereka cipta kupon jualan. (kupon RM 1 & 50 sen)
  2. Cetak kupon dan serahkan kupon kepada guru kelas




JK GERAI JUALAN

Gerai 1
Pn. Halinawati Bt Halim
Pn. Norhayati Bt Yusof

Gerai 2
Pn. Noryani Bt Abdul Ghani
Pn. Norita Bt Yusof

Gerai 3
Pn. Shariati bt Shamsudin
Pn. Tuan Manis Bt Tuan Majid

Gerai 3
Pn. Rohaya Bt Ismail
Pn. Nor Azizah Bt Tengah









  1. Mencadangkan menu dan jualan.
  2. Melaksanakan aktiviti jualan pada hari karnival.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan